Monday, 21 November 2016

Puisi : Perpaduan


BERSATU

Tanah melayu jejak segala
Baik putih baik hitam semua
Tiada beza antara kita

Bersatu
Perpaduan kita tarikan dunia
Rakyatnya dari berbilang bangsa
Berpadu teguh membina sejarah
Menjadikan negara kelihatan megah
Kerana kita bersatu
Sentiasa berpadu

Bersatu
Bersatulah Malaysia
Kita memegang bendera negara
Menunding jari ke langit semesta
Melaungkan ikrar janji setia
Ayuh!!
Kita maju bersama

Bersatu
Biarpun kita berbeza darjat
Biarpun kita berbeza pangkat
Biarpun kita berlainan adat
Biarpun kita berlainan pendapat
Kita tetap bersatu
Melalui jiwa
Kita Satu Malaysia

-asyraf.zawawi-

No comments:

Post a Comment