HADIRNYA KAU INSAN
Bermulanya tiada adakan jua
Kecil wujud zarah besarnya
Tiada awal kenal akhirnya
Kata pujangga ceritera dua
Kecil wujud zarah besarnya
Tiada awal kenal akhirnya
Kata pujangga ceritera dua
Alam dunia dalam harmoni
Kesukaan hati pelbagai misteri
Indahnya ikatan yang direstui
Katanya kasih yang didambai
Kesukaan hati pelbagai misteri
Indahnya ikatan yang direstui
Katanya kasih yang didambai
Yang zahir dilihat mata
Yang batin mampu dirasa
Memakan perasaan bertema ajukan
Itulah tanda dua jasad sebadan
Yang batin mampu dirasa
Memakan perasaan bertema ajukan
Itulah tanda dua jasad sebadan
Pintu ditutup tangis ditunggu
Bukan janji harapan palsu
Hadirnya insan dunia baharu
Pengikat kebahagiaan dua hati satu
Bukan janji harapan palsu
Hadirnya insan dunia baharu
Pengikat kebahagiaan dua hati satu
-asyraf.zawawi-
No comments:
Post a Comment