Tuesday, 22 November 2016

Puisi : Budaya Dan Warisan


TRADISI KINI

Tradisi
Terdirinya dari budaya dan adat
Menjadi penguat
Menjadi pengikat

Tradisi
Seringkali menjadi perkongsian
Seringkali diamalkan
Seringkali dimartabatkan

Namun sayang
Tradisi yang sering diraihkan
Kini telah dilupakan
Kini telah dipupuskan

Bangsa kini kian lupa
Akan adat dan budaya
Lupa akan pengikat bersama
Yang dahulunya menjadi usaha
Akan lelah nenek moyang kita

Tradisi kini kian moden
Permainan tradisi digantikan
Dengan permainan di dalam kaca
Tidak kenal orang dan rupa

Tradisi kini kian membimbangkan
Makin meluas tiada kurangnya
Hilang tenggelam tradisi dahulunya
Hanya hidup dalam sejarah dunia 

-asyraf.zawawi-

Puisi : Sains Dan Teknologi


GODAM

Dunia kini diperkasakan
Hadirnya teknologi membangunkan
Membawa kesenangan
Membawa kemewahan

Penjajahan
Sedang pesat dijalankan
Melalui media
Tontonan penuh perhatian
Oleh manusia semuanya

Bukannya media
Yang menjadi perhatian musuh
Namun akal manusia
Yang menjadi tarikan utama

Manusia
Kini mudah digodam
Dengan adanya pencawang
Penyebar berita seluruh
Akan apa yang berlaku
Walaupun di hujung dunia

Manusia kini mudah diubah
Dengan adanya teknologi
Kita lupa akan diri
Kerna teknologi senjata terkini

-asyraf.zawawi-

Monday, 21 November 2016

Puisi : Perpaduan


BERSATU

Tanah melayu jejak segala
Baik putih baik hitam semua
Tiada beza antara kita

Bersatu
Perpaduan kita tarikan dunia
Rakyatnya dari berbilang bangsa
Berpadu teguh membina sejarah
Menjadikan negara kelihatan megah
Kerana kita bersatu
Sentiasa berpadu

Bersatu
Bersatulah Malaysia
Kita memegang bendera negara
Menunding jari ke langit semesta
Melaungkan ikrar janji setia
Ayuh!!
Kita maju bersama

Bersatu
Biarpun kita berbeza darjat
Biarpun kita berbeza pangkat
Biarpun kita berlainan adat
Biarpun kita berlainan pendapat
Kita tetap bersatu
Melalui jiwa
Kita Satu Malaysia

-asyraf.zawawi-

Puisi : Ilmu


LELAH BELAJAR

Dengan serba kurang
Kaki mengayuh roda dua
Basah kuyup hujan menimpa
Segala lopak diredah jua

Aku datang
Tidak punya ilmu mencurah
Tidak punya kereta mewah
Tidak punya seekar sawah

Namun aku punya cita
Ingin belajar erti usaha
Dengan usaha sepeda dua
Aku terus dengan bangga

Aku tidak punya wang
Ingin membeli buku seluas pustaka
Namun aku punya jiwa
Yang tidak kenal erti putus asa

Kerna hidup punya aku
Tidak seindah hidup kamu
Namun aku tetap percaya
Dengan adanya ilmu
Ia mengubah hidup aku

Kini aku
Beroda empat Berkolam tiga
Tiada lagi basikal tua
Dengan ilmu
Ia ubah segalanya

-asyraf.zawawi-

Puisi : Alam


FANTASTIKA ALAM

Lihatlah pada lautan
Yang namanya indah
Dalamnya tidak kelihatan
Namun isinya penuh kemewahan

Lihatlah pada pantai
Cantiknya bersilaukan sinaran
Berhiaskan pasir ombak pantai
Hentakan ombak
Tiada kenal erti henti
Memecahkan pasir
Yang sarat tersusun rapi

Bumi seluas pandangan
Seluas sinaran rembulan
Yang siangnya penuh khayalan
Namun gantinya dengan kegelapan
Yang indahnya
Dihiasi cahaya bulan

Angin bertiup damai
Singgahnya pada sang jiwa
Menjadi ubat pelbagai luka
Menenangkan akal berbalut derita

Menyembuh hati bersulamkan duka

Alam
Suatu bicara
Tiada ungkapan sempurnanya
Sukar diduga 
Akan setiap kenikmatannya
Kerna alam
Ia pencetus harmoni dunia

-asyraf.zawawi-

Puisi : Persahabatan


SAHABAT VS EGO

Kerna egomu
Ia memakan diri
Ia memecahkan hati
Yang dahulunya
Pernah ceria gembira
Bertukar duka lara

Ego
Suatu perkara
Yang sukar diduga
Hadir tinggi
Tanpa berita
Menyusahkan orang
Membinasakan jiwa

Ego
Andai punya masalah
Yang dipotong
Bukanlah perhubunganmu
Yang dipotong
Namanya egomu
Kerna sahabat
Tiada yang sama
Sepertimu

Ada benarnya
Mungkin menangnya kamu
Kerna egomu hari ini
Namun
Kalahnya kamu
Pada esok hari
Atas namanya rindu
Pada hati
Kerna aku sahabatmu

-asyraf.zawawi-

Puisi : Cinta


PENGGANTI JIWA

Bingit bicara lantang tutur kata
Buah mulut berbisik lalu terluka
Kian hari Kian lupa
Setiap kenangan setiap ketawa

Rasa pada jiwa
Tubuh yang kian merana
Ditatap pantulan penuh dusta
Hati menyorok diam tak bicara

Cahaya sinar terang mendatang
Malam pulang selisih siang
Yang terang kini kian suram
Yang jelas kini terus tenggelam

Satu jasad pemilik jiwa
Satu jasad sarat luka
Luka membicara lelah usaha
Usaha yang kini hanya sia

Datang menjelma purnama manja
Menepis duka menyelit suka
Menepuk hati membersih jiwa
Dia insan tidak pernah buta

Kerna nilai kamu semahal sutera
Membalut tubuh nan manja
Memberi selesa nyaman terasa
Penyeri hidup penyinar bahagia

-asyraf.zawawi-